twitter
    Kenalilah Negara Yaman Dengan Mendalam

Kisah Tempat Sejarah



Antara kisah tempat-tempat sejarah di Yaman :
1- Qulais : (kesan ka`bah Abrahah yang di bina sebelum kelahiran nabi muhammad) kisah yang tersebut di dalam Al-Quran surah Al-Fil.

2-Jame` Kaber : Masjid pertama yang dibina oleh seorang sahabat pada tahun 6 Hijrah. ianya terletak di bandar Sana`a.

3-Bab Al-Yaman : yang dikenali juga sebagai Sana`a kadem. ianya terletak ditengah ibu kota yaman utara iaitu Sana`a. ia juga dikenali sebagai kota tertua di yaman yang berusia lebih dari 1000 tahun. ia juga adalah salah satu pasar yang termashur di kalangan bangsa arab dan bangsa-bangsa luar yang datang ke yaman. kerana barang perniagaan arab yang datang dari penduduk tempatan yaman dan juga datang dari pedagang luar terkumpul di situ, ia juga digelar di kalangan bangsa arab sebagai SUQ MILH (pasar garam).


4- Ma`rib : Istana puteri Balqis yang terbina dari zaman Nabi Sulaiman a.s dan kisah-kisahnya masyhur sepertimana tersebut di dalam beberapa surah di dalam Al-Quran antaranya surah An-Naml ayat 20-44.

5- Kaum Saba` : Adalah kaum yang terkaya di dunia pada zaman purba. mereka hidup pada zaman puteri Balqis yang memeluk Islam di tangan nabi Sulaiman a.s. mereka juga dikenali dengan kekayaan kebun yang cantik dan mempunyai tanah yang paling subur pada ketika itu. Namun setelah kematian puteri Balqis, kaum tersebut berpaling dari ajaran yang di bawa puteri Balqis maka Allah menurunkan bala pada mereka dengan menimpakan banjir yang besar ketika itu yang dikenali juga sebagai SAYL `ARIM (banjir besar). kisah ini tersebut di dalam Al-Quran surah Saba` ayat 15-17.

6- Kaum `Ad : Adalah kaum yang hidup pada zaman nabi Hud a.s. mereka juga dikenali sebagai kaum yang mahir dalam bidang memahat dan mengukir batu. dan mereka tinggal di satu daerah kawasan lembah di selatan yaman yang dikenali tempat tersebut sebagai WADI AHQAF. Kisah kaum `Ad dan nabi Hud a.s banyak diceritakan di dalam Al-Quran. antaranya di dalam surah Hud dan surah Al-Ahqaf. 

7- Kesan kebun terbakar : kisah yang tersebut di dalam surah Al-Qalam ayat 17-32 yang mengisahkan tuan pemilik kebun yang baru berniat tidak akan memberikan sedekah kepada orang-orang miskin pada esok hari. Lantas Allah memberikan bala bencana pada kebun mereka dengan menjadikan kebun mereka seperti arang pada malam itu (ketika mereka sedang tidur nyenyak.

0 comments:

Post a Comment